Posts

Showing posts from 2020

Selamat Tinggal

Image
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 16 october  2020, tepat jam 12:44 pagi, pakcik (wak) yang ak sayang telah pergi bertemu ilahi. dalam susilah abah, lelaki hanya tinggal wak dan abah, dn perempuan msih tinggal 3 dari 12 beradik.  wak, seorang yang begitu baik. ak egat lagi masa kami kecik, kami nak sangat naik trian (komuter) wak bwak kami naik bas dri tg.malim ke KL semata untuk kami. wak ajar kami al-quran dan ikot ke mana saja kami berjalan. 2 septemper 2020, kali terakhir ak bwa wak ke hospital serdang. waktu itu, kesihatan wak lemah. wak dah tak mampu berjalan dan berdiri seperti biasa. itulah kali terakhir kami bersama, gelak tawa. teman wak makan. takdir itu memang tertulis, masa wak telah pun tiba.  ayeh minta maaf wak, jika ayeh pernah buat salah atau sakiti hati wak. terima kasih kerana selalu bersabar dan bersama kami dari kecik sehingga ke hembusan terakhir. doa ayeh, semoga wak tenang di sana. Allah ampunkan segala dosa wak dan wa...

Lesson

Image
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang the biggest lesson i learned this year  is not to force anything, conversations, friendship, relationships, attention, love. anything forced is just not worth fighting for,  whatever flows flows, what crashes crashes. it is what it is.

Nikmat apa lagi?

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang aku mula tu, rasa macam tak percaya. tapi kena percaya gak ar. masa PM cakap nak bg bantuan tuk pemandu e-hiling, aku rasa macam tak akan dapat sbb yg tu untuk pemandu sepenoh masa. dorg mmg layak pun. jadi, ak takde la godek akaun grab ni sbb musim PKP mmg aku xbuat langsong. lgpun ak masih berkerja dari umah. entah camne rasa terdetik plak g godek akaun grab tu, terus tengangga. rupenya ak dapat wey. elok jer duit tu dok dediam dlm account grab aku tu. #tipahtaktahu rezeki ni, tak pernah salah alamat. cuma kadang aku tak faham dgn orang yg nk bergantung hdop dengan org lain. ak faham, keadaan skrg mmg susah. takde sape minta semua ni. rmai kawan aku yg hilang kerja - diberhentikan. ak takut sbb bidang ak pn berisiko gak. tp, alhamdulillah, ak masih bekerja seperti biasa cuma ptongan gaji skit. xpe, asalkan ak masih ada kerja. keadaan skrg ni, bnyk pluang yg kte bole belajar. klau raji...

Ramadhan

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ramadhan kali ni, tak macam selalu. dah tak balik sambut awal puasa dengan abah, umi, adik-bradik. tak pergi bazar (kalau ada, bukan aku pergi pon. tak sedap!). yela. banyak yang berubah. tak seperti selalu. dari awal PKP-1 sampai la PKP-4 ni, rutin duk buat kerja dah sebati. malas nak keluar. menunggu. beratur panjang. kerja macam biasa, beza cuma  kat rumah. tak payah pakai formal sgt. makan? banyak sangat dah jimat. masa ni lah, semua bende aku handal. dari lauk bertaraf 5 bintang, sampai la kueh-mueh bertaraf istana. semua celah jari aku jer wey. #melayumudahlupa percaya-lah. setelah hujan habis, matahari pasti muncul. burung berkicau. awan kembali bersinar. percaya-lah, Allah tahu, lebih dari itu. binsaidin  : nak masak ape berbuka ni?  

Nikmat Yang Hilang

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang rindu. rindu nak hidup macam selalu. bebas keluar. terbang sana sini. itu-lah, bila nikmat Allah dah tarik, tak ada satu pun yang boleh lawan, kuasa-Nya.  tahun ni, aku rancang nak bercuti kat sydney. cuti yang pernah tertunda 2 tahun dulu. nah, perancangan Allah itu mengatasi perancangan manusia.  aku percaya, semua ni ada hikmah. aku yakin, Allah terlalu sayang kita, sbb kita umat kekasih-Nya. Dia uji sebab Dia nk tegur, nak kite sedar.  hidup adalah pilihan. pilihan tuk jadi lebih baik atau sebaliknya. fikir-lah. binsaidin : maaf, saya pemalu.

Allah Ada, Terlalu Dekat

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang aku pernah berhenti kerja sampai melarat 2 bulan. tiada kerja baru. tiada temuduga. waktu tu aku bergantung hidup dengan buat grab sepenuh masa. Allah je tahu sakit aku masa tu. aku malu, aku diamkan sampai tak bgtau abah dan umi. sebab aku tau, dorang akan susah hati. pernah sampai satu ketika, aku begitu tertekan. aku jadi marah sangat dekat Allah, aku salahkan Allah setiap hari. aku maki Allah. aku solat tak ikhlas. kenapa Allah buat camni dekat aku? aku sampai terdetik, nak bunoh diri. waktu tu, setan memang berjemaah bg aku nasihat, dok bagi sokongan tak henti.  alhamdulillah. aku masih waras. waktu tu, ramai orang yang aku jumpa. banyak yang aku belajar, banyak yang mengubah cara aku berfikir. selama itu, baru aku sedar, Allah tu sentiasa ada, Dia uji aku sebab Dia tahu aku kuat, Dia bagi aku rezeki yang jauh lebih baik. nah, sekarang aku dapat rezeki yang aku tak pernah duga dan dikelilingi oleh orang ...

Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP)

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Ayam Butter Sampai Syurga Lempeng Sardin Berpisah Jua Puding Kastard Buah Andainya Aku Pergi Dulu  Mee Goreng Dimana-kan Ku Cari Ganti Ayam Hitam Airmata Syawal Pajeri Terong Pelamin Anganku Musnah sejak musim pkp ni, dapor tu dah macam kawan baik plak. kadang tu, bukan sebab kau lapar tapi sebab kau dah bosan. bila orang bujang ni, nafsu nak besarkan perut tu, memang ada. oh, sejak tu gak,  semua budak umah wajib masak ikut giliran. bedal jer la. asal kau telan, kau kenyang. Donut Zapin Yang Tinggal Burger Malaysia-Ku Gemilang  yang seronok tu, bila kau buat jadi dan dapat makan puas. kira okey ar. cuba tu tak salah. rajin bukan syarat tuk buat suami, tapi syarat tuk belajar, jadi lebih baik. tanya-lah diri sendiri, apa yang kau nak pilih dan apa yang kau nak jadi. okey, chow! binsaidin : otak dah tepu.

Kipas Susah Mati

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang helo, guys! masa aku memula hard fan dor